Sejarah Sekolah



SEJARAH  SJK(T)  BARATHY


1937 – 1942

Sejarah sekolah ini bermula sebelum tempoh masa ini. Namun begitu, mengikut maklumat-maklumat yang diperolehi, tahun 1937 ialah menjadi sempadan bagi bermulanya sejarah sekolah ini.
Pada tahun 1937 dan 1938, Hindu Saba, Alor Setar dan Gereja Katholik di Jalan Langgar telah mengadakan kelas-kelas Bahasa Tamil secara berasingan. Encik Vanniar dan Encik Mariam Michael telah mengusahakannya.

1942 – 1942

Pada tahun 1942, sekolah ini terpaksa ditutup akibat kedatangan orang-orang Jepun, yang diikuti dengan Perang Dunia Ke-2. Sesudah itu sekolah ini dipulihkan semula dengan nama Sekolah SEAN, di mana Bahasa Jepun dan Bahasa Tamil digabungjalinkan. Oleh kerana tiada Bahasa Inggeris dan had umur pula tidak dipentingkan, maka jumlah murid boleh dikatakan tinggi. (Bilangan tepat tidak diketahui).

Pada masa ini, perhubungan India-Jepun adalah rapat. Ketika inilah sekolah ini mengambil bahagian dan mencapai kejayaan dalam drama yang bertajuk “BARATHA MAATHA” di Sungai Petani.

1946 – 1949

Dalam tempoh masa ini, lagi sekali sekolah-sekolah berkenaan di tutup semula disebabkan kedatangan orang-orang Inggeris. Sekolah dibuka semula pada bulan Ogos 1949. Oleh kerana tiada bangunan maka terpaksalah kelas Bahasa Tamil menumpang di Asrama Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, selama tiga bulan. Kemudian ianya dipindahkan pula ke Asrama Kebajikan di belakang Bangunan Persatuan India, sehinggalah ianya runtuh akibat hujan lebat. Pada masa ini, wang derma dan wang kutipan dari ibu bapalah yang menjadi gaji bagi para guru. Guru-guru mula menerima gaji mereka dari kerajaan dari tarikh 1.1.1947. Pada masa ini juga sebuah bangunan telah dikhaskan untuk dijadikan Sekolah Tamil.

1949 – 11 .7. 1972

Dalam jangka masa ini Sekolah Kebangsaan di Jalan Putera di pindahkan ke Kanchut. Dengan itu bangunan kosong di Jalan Putera bertukar wajah menjadi Sekolah Tamil Republik. Jumlah murid pada ketika ini ialah lebih kurang 150 murid. Semenjak daripada itu sekolah ini mula meningkat maju dari semasa ke semasa. Mulai tahun 1950, Bahasa Kebangsaan diajar untuk murid-murid darjah 4, 5 dan 6, di waktu petang sebagai kelas tambahan. Pengajaran Bahasa Inggeris pula mula diamalkan dari bulan April 1951.

12. 7. 1972

Mulai tarikh 12 . 7. 1972 bangunan baru di Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, dengan nama Sekolah Tamil Publik, mula memainkan peranannya mendidik seramai 350 orang murid.

12. 12. 1987

Mulai tarikh 12.12.1987, nama SRJK (T) Publik ditukar menjadi SRJK (T) Barathy. “BARATHY” dan dirasmikan oleh Dato Sri S. Samy Vellu secara rasminya pada 23.6.1988. “BARATHY” - dalam Bahasa Tamil bermakna budiman ataupun pujangga (a learned person).

0 comments:

Post a Comment

HEBAHAN

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SJKT BARATHY

JAM

APLIKASI











PPD KEDAH

Sample Text

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

CARI DISINI

BTemplates.com

  1. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  2. Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  3. Vestibulum auctor dapibus neque.

Blogroll

Our Company Inc.
2458 S . 124 St.Suite 47
Town City 21447
Phone: 124-457-1178
Fax: 565-478-1445

Recent Posts

  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit.
  • Aliquam tincidunt mauris eu risus.
  • Vestibulum auctor dapibus neque.

HEBAHAN


Theme Support

SPS & APDM

Definition list
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.
Lorem ipsum dolor sit amet
Consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.